Wednesday, March 21, 2012

Adik & result SPM

Adik bongsu aku, anak kesayangan mak..
sentiasa dapat apa yang dia nak
tapi... sentiasa buat kepala kakak2 dia pening
dengan masalah disiplin kat sekolah,
dari sekolah agama, bertukar ke sekolah biasa..
bergaduh dengan lelaki.. lelaki bergaduh disebabkan dia..
bertukar2 boypren... malas belajar..
balik sekolah, asyik tidur memanjang.
Tak berapa rajin buat kerja rumah.
Langsung tak sama dengan Azyan yang agak rajin & pelajar contoh disekolah.
Cuma satu aje... apa saja yang mak suruh, dia pasti akan buat. Apa saja

So, bila dia exam SPM tahun nie..
kami, kakak2 dia nie memang takde confident langsung dia dapat score.
Kalau dapat 1/2 A tu.. dah syukur sesangat.. Alhamdulillah
lagipun.. masa trial hari tu.. banyak yang C,D, E.. dan ada yang gagal sebab dia demam.
Tapi.. bila result keluar hari nie... dia dapat 6A, 1B dan 2C.. so unsangkarable.
Memanglaa tak secemerlang student lain... tapi....
melihat pada prestasi dia sebelum nie.. terkejut tahap dinasour gaban nihhh
Bangkrap laa kami.. Rini dah janji RM100 utk setiap 1A yang dia dapat
Aku lak.. terjanji laptop & jam tangan... aduhaiiiii
Alhamdulillah.. terima kasih Allah. Nie mesti berkat doa mak.
Hurmm.. kalau macam tu, aku nak suruh mak aku doakan aku cepat kaya laa.... okieh dakk

Tuesday, March 20, 2012

Bounce back

Hidup rasa sepi.. bila takde handphone. Rindu nak berkakao dengan kawan2 yang senantiasa membuatkan kita tersenyum sendiri, sengih sepanjang hari... sewel kann....

Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik utk aku. Aku & iphone - jodoh kami memang tak panjang. Redo ajelaa..

Serba tak kena dibuatnya. Nak beli handphone baru, kad kredit kena block. Kad baru, belum sampai. Buntu..

Nasib baik Allah kirimkan aku seorang kawan yang tolong belikan handphone. Swipe kad kredit dia dulu. Tapi... aku bayar laaa kemudian. Usah speku iya... Terus g Celcom, kali nie aku dah tekad. Bercerai kasih dengan Maxis. Lagipun charge bulanan kadang2 merepek.. Kali nie.. aku terminate broadband & amik pakej phone & data plan 3 gig. Selama nie, average phone & broadband bill lebih kurang RM200. Dengan data plan baru... aku cuma perlu bayar RM108/month. Jimatt.

Besok, result SPM akan keluar. Ya Allah, mudah mudahan adikkku Azua & cousinku, Nurul lulus dengan cemerlang. AMIN.

Monday, March 19, 2012

...

another sad news....
Bertabahlah wahai sang hati..
Allah menguji sesiapa yang dia  kasihi..
bersangka baik.. dan insha allah.. selalunya pelangi akan muncul 
setelah turunnya guruh & kilat
fightin

Bengang

Yesss.. kau boleh curi handphone aku, cr card aku.. duit aku & even kad touch & go aku.. tapi.. paling sakit hati bila ko ceroboh personal life aku. Ada ker patut... siap pergi add kawan2 aku dalan fb, ada ker patut... pergi masuk laman kakao talk & try nak chat ngan kawan2 aku... memang sakit hati kuasa dua juta. Aku tohmah pencuri tu.. hidup tak aman sepanjang hayat. AMIN. Kalau dah dasar pencuri....

Anyway.. kudos tu kawan2 yang prihatin. Yang sanggup tolong comfortkan.. bagi tips.. u guys means a lot to me...

Sunday, March 18, 2012

Curi

Pagi tadi... terasa beria lak nak pergi jogging, lagipun, dah lama benar rasanya tak keluarkan peluh & menikmati kehijauan di Taman Bukit Jalil. Ntah kenapa.. terdetik masa nak keluar rumah utk keluarkan sebahagian besar cash dalam purse. Kebetulan ada cash lebih sebab nak bayar harga perabot yang beli hari tu.

Ntah kenapa.. aku park kat tempat lain hari nie, saja je kononnya nak try tempat baru. Masa nak keluar kereta tu.. dah terdetik utk bawak handphone sekali.. tapi.. tak terbawak. Bila lepas jogging tu, tengok kereta berkunci macam biasa, cuma tempat letak kad touch n go aje yg terbuka. Mungkin aku tak tutup kuat2 masa keluarkan kad tadi kottt.. aku try carik handphone tak jumpa. Ingatkan mungkin tertinggal kat rumah. So.. cepat2 balik & check.. takde. Memang aku confident yg aku ada bawak handphone tadi. Ishh... pegi lagi ke kereta.. geledah semua benda. Takde jugak... Ya allah.. betul2 hilang ke??

Balik semula kerumah, terdetik utk check purse... Ya Allah, cr card & cash hilang. IC, kad bank & yang lain2.. still ada. Memang sahlaa kereta aku kena pecah. Yang penting, cr card.. macam orang gila ketuk rumah jiran nak pinjam phone, nak report kat Maybank. Jiran lak ada phone, tapi credit lak takde... adusssss.....

Cepat2 mandi & turun bawah. Ingat, kalau takde phone gak... aku g opislaa pepagi ahad nie, semata2 nak call maybank. Teringat ada public phone kat gate, rosaklaaa pulak. Nasib baik ada pakcik guard. Pinjam phone dia & report. Kurang asam betull.. sempat lagi si pencuri tu swipe card aku kat petrol pump. Arghhh... geram. Ingat esok.. nak call Maxis, nak terminate line. Janganlee si pencuri tu buat international call lak. Pitam kuasa 18 aku nak bayar bill.

Moral of the story.. dengar gerak hati... sob sob sob... aku nie selalu macam tu. Nak buat macamana, dah takde rezeki... nangis keluar airmata darah pun, takkan boleh kembalikan phone aku balik. Redo ajelaa. Mungkin nie kifarah atas dosa2 aku.

Friday, March 9, 2012

8 March : Happy birthday adik


Assalamualaikum...
Semalam, birthday Azua, adik aku yang bongsu. Happy birthday adik. Semoga jadi insan yang berjaya didunia & akhirat.

psst:
Tak perasan lak semalam Hari Wanita Sedunia, kebetulan aku ambil cuti celebrate birthday Azua & settlekan hal KWSP. Kebetulan pula, semalam hujan turun dengan lebatnya yg menyebabkan kawasan sekitar Kl & Hulu Langat dilanda banjir.

Banyak kisah lucu yang jadi semalam.. nak tauuu kerrr??....
1) Mimpi - gara2 kuat sangat mengusik opismate, aku dah kena tohmah. Sampai termimpi2 lak tu... aku mimpi kena saman ngan JPJ dek no plate yg tak ikut scale. Aduhaiii... sudahnya, pukul 5 pagi terjaga & takleh tido kepagi. Dahlaa hujan pagi tu.... hilang satu nikmat...
2) Astro - aku tersalah plug in dvd punya plug. Heboh kejap gara2 Astro tak leh pasang, siap imagine dahh, nak call Astro & pasang Astro boyend. Bayar extra pon tak kesahlaaa... alahaiii.. tersalah pasang plug rupannya.
3) Pintu - masa nak balik dari PKNS, pintu kereta sebelah driver takleh nak bukak. Hatta dari luar maupun dalam. Terpaksalaa aku masuk ikut sblh kiri. Adoiii.. kelakar gile. Aku, Azua & Nurul (my cousin) siap gelak tahap guling2 lagi. Dah lah banyak tempat lagi kitaorang nak pergi. Kami siap menengok kalau2 ada orang masa aku nak masuk & keluar kereta.. malu weiiii....
4) Charles & Keith - semalam, dah start uo to 90% discount utk kasut & aksessori C&K kat SS13, Subang Jaya. Mula2 tu tersalah masuk jalan, jalan lak jam gile kesana. Aku ingatkan, time kerja, orang taklah ramai. Rupa2 nya.. tudiaaaa..berkm jamnya, sungguh orang Malaysia nie gila shopping (termasuklah aku.. errkk). Sesak ngan orang. Ramai yg pakai office attire, eh diaorg nie ambik half day kerr semata2 nak soping. Nak dijadikan cerita, aku belilaa sandal & pagi nie.... baru perasan.. kaler tak sama....arghhhhh

Tuesday, March 6, 2012

Meriah

2/3 hari kebelakangan nie, Kakao memang meriah gile. Dapat lak gang2 yang memang kepala best kuasa 88, memang asyik tergelak... bukan gelak biasa.. gelak tahap guling2... macam2 cerita... the moo... ngorok...aduihaii....Kudos to Ina, Ezzah, Ayu, Eton, Achik, Yusmi, Norm, Zira, Chomb... for making my day. Korang seriously memang best....

p/s ; kalau korang tak tauu apa itu Kakao, dia macam whatsapp laa gakk.. sila beli smartphone yea & install.. korang boleh group chat for free.. asalkan ada internet line.

Monday, March 5, 2012

Norae & Weight Issues

Dengan ketinggian 148 cm.. dan keinginan untuk makan yang tak pernah surut... menjadikan aku sebahagian dari golongan yang menghadapi masalah berat badan. Berat aku tidaklah berada pada tahap kronik sangat sebenarnya.. cuma slightly overweight... 7 kg terlebih... ooopppssss

It's not about the confidence issue.. cuma, bila kita rasa tak begitu selesa dengan diri sendiri.. bila berjalan, peha dah bergeser, bila makin hari seluar makin ketat, baju kurung semakin sendat, bila tahiyyat akhir, perut berlipat & rasa tak selesa, bila badan rasa cepat penat, malas nak bergerak & rasa berat. Bila usia makin meningkat, kadar metabolisma semakin menurun dan setiap kali rasa ngeri nak timbang berat badan.....it's the time utk stop whinning, complaint tapi terus makan non stop. Iyalaa kann... tiap2 hari cakap dah gemuk.. tapi tabiat makan tetap tak berubah... nak exercise malas.... owhhhh Norae.

Seriously.... i need to do something... yang akan long lasting... for starting... jom kita share tips dari Dr Oz..

Dr. Oz's 100 Weight Loss Tips
1 Automate your eating by planning your meals ahead of time nhat way you’re less likely to make an
unhealthy last-minute food choice

2. Oats are your friends! Eating a cup of oatmeal in the morning will prevent you from gorging in the
afternoon
3. Foods with healthy fats such as olives, salmon and walnuts help you feel satisfied
4 skippIng meals can cause your body to go wito a fat-storing starvation mode, making It harder to burn calories
5. Got nuts with nuts. Eating a handful of nuts will help you stay ful. Try soaking them in water for a
different texture.
6. Use meditation to help you cope with chronic stress, which can lead you to crave feel-good carbs.
7. You may be used to fried foods but there are other, sometimes healthier, ways to cook includmg
roasting, steaming, poaching, baking, braising and broiling.

selebihnya.. sila layari Dr Oz

Sunday, March 4, 2012

Beautiful day...

Hari yang panas.... tapi indah....
i feel good :)... yeahhhhh

Saturday, March 3, 2012

Thursday, March 1, 2012

Make Over

Aku bersyukur kerana dilahirkan bukan dari dulang emas. Bukan dilahirkan dari keluarga yang senang, kerana melalui kesusahan aku melatih diri untuk berjimat cermat dan menghargai setiap sen yang dikeluarkan. Dulu2, aku amat berkira dari segi wang ringgit. Sampai nak makan, minum, berjalan & shopping pun berkira. Ingat lagi.. few years back, aku berkenan sesangat kat Braun Buffel punya leather purse. Punyalah suka.. sampai tiap kali ke Mid Valley, sure aku singgah & pegang bag tu. Sampai 2 tahun aku simpan keinginan.. alih2 beli gak... masa tu, dapat bonus. Punyalaa berkira kan..

Cuma lately... bila aku notice.. most of my saving, selalunya dikorbankan utk adik2.. utk family.. not that aku berkira ataupun tidak ikhlas.. Cuma, iyalaa, aku nie kan manusia biasa. Punya keinginan sendiri. Apa perasaan korang kalau korang sanggup tahan keinginan sendiri & ketepikan sebahagian saving utk keperluan orang lain. Sedikit sebanyak kadang2 tu ada rasa macam terkilan kan.

Bertitik tolak dari tu.. tahun lepas n tahun nie... aku dah mula spend banyak utk diri sendiri. Terover spend sebenarnya.. hadoiiii.... bulan nie saja dah sakan aku shopping sofa, tv & meja makan. Habih beribu3 lemon dahh. Skrg tengah garu kepala, camana nak bayar credit card.... tooolooooonggggg

psssttt: Tapi kan... best gile dapat tv besar & sofa yang sangat sangat selesa.... bahagiaaaaa. Barang2 semuanya dah sampai semalam... congested rumah aku jadinya.. skrg nie ada 2 set sofa, 2 meja makan & 2 tv...

Kurik Kendi Cherating 26 Feb 2012


ooo la la... trip yang sangat best to the max... nanti aku cite ek

suka sesangat dengan gambar candid yang Chombie ambik hari tu....

psst: Tau dakkk... dah 2 hari berturut2 aku berjaya makan setengah senduk nasi aje for my lunch. Misi utk turunkan berat sudah bermula... fightin, tapi kannn.. malam nie nak makan kfc lak... aigoooo

Imbas ke belakang

Assalamualaikum..
yea yea... aku tauuu... banyak bende aku dah janji nak update... tapi tak terupdate sampai kehari nie.. sesungguhnya... Amat bz dari end January lagik.. sorry yeaa
 22 Jan 2012 - Masjlis kawen Rini. Seriusly.. gambar aku hanya ada 1/2 keping aje. Tu...pon dengan muka berminyak. So bz... frust tauu.. dahlaa aku ni kan suka posing.

12 Feb 2012 - Majlis menyambut menantu di Jempol.Adoi... Jauuuuhhhhhnya. Adik2, kalau nak kawin, sila cari yang dekat2 yea. Tak larat nak drive jauh2. Sekian pesanan penaja.

18 Feb 2012 - Santai @ PD.. syiok layan blues kat tepian pantai.... layan aje adik2 & cousins mandi manda...


18 Feb 2012 - kami tido digumah Nini diSeremban. Kebetulan ada Karnival Belia. Syioklaa adik2 aku menengok artiss...
19 Feb 2012 - mengantar Azyan balik ke KK kat KLIA. Gila nervous bila indicator engine menyala dari tol Seremban lagi. Adoiii... pertama kali bawak kete penuh hemah. Segala macam doa pun dibaca. Alhamdulillah.... takde apa2.... saja jeaa tauuu kete aku nie, sensitif sangat... kang aku juall kangggg...

Jodoh

 kudos to Norm... for sharing
pssstt... lepas nie usah tanya pasal jodoh lagi tauuuu

Rindunya kat sikembar.. kecik & bulat.. Idan & Suhara