Thursday, February 2, 2012

Norae dan agama


Saya mengaku.. dengan sepenuh hati... saya bukanlah orang yang dalam pengetahuan agama. Keluarga saya pun. Orang biasa2 sahaja, yang menjalankan tanggung jawab sebagai muslim secara sederhana. Walau saya berasal dari negeri Serambi Mekah, tiada seorang pun ahli keluarga saya dari kalangan alim ulamak. Saya bukannya apa2 dan siapa2. Sayangnya..


Sejak kecil lagi.. saya disekolahkan disekolah sekular. Tiada siapa yang mendorong  dan saya sendiri pun tidak pernah berminat utk bersekolah dan belajar disekolah agama. Yang mengajar matapelajaran bahasa Arab, walau jarak sekolahnya hanyalah beberapa langkah dari sekolah sekular saya. Mungkin.. saya kurang tertarik kerana namanya sahaja sekolah agama, tetapi terdapat sebilangan antara mereka yang mencemarkan imej sekolah agama itu sendiri. Apabila adik2 saya membesar, saya malahan melarang mereka memasuki sekolah agama. Sementelah bila melihat hasilnya pada adik bongsu saya sendiri. Mashaallah. Alangkah khilafnya saya.. kerana silap mengukur pada yang tidak sepatutnya.

Cuma.. semenjak dua menjak ini.. bila datang musibah demi musibah.. Ya saya mengaku.. saya jahil, hanya lebih dekat dengan Dia bila saya duka, bila saya sedih, bila saya buntu...bila saya rasa sendirian.. bila saya rasa benar2 tidak berdaya..

Semejak dua menjak nie, agaknya bila umur meningkat, bila dunia seakan menghalau saya pergi & liang lahad seakan memanggil2 saya... seakan timbul kesedaran dalam diri sendiri. Iyalaa.. sampai bila harus macam nie.. sampai bila mahu jahil berterusan.

Tiba2 hati terasa rindu utk ke sana. Kalau ada rezeki, teringin utk tinggal disana. Berjemaah setiap kali masuk waktu. Belajar mengaji Al-Quran. Dulu.. masa kecik2, saya disayangi guru Quran, menurut aruah (Al-fatihah) - hati saya terang, mudah ingat dan mudah mengenal huruf, tapi.. sayangnya, saya sudah jauh terpesong. Hati saya sudah tidak semurni dan senaif dulu. Sekarang, bacaan Quran saya tidak selancar dulu. Quran pun semakin jarang saya sentuh. Tuhan... Berilah saya petunjuk & janganlah dipalingkan hati saya setelah Kau beri petunjukMu Ya Allah..

Sekarang baru terasa.. alangkah ruginya saya... kalaulah saya belajar bahasa Arab, tidaklah saya terkial2 membelek makna setiap kali membaca Al-Quran. Oh, alangkah ruginya saya.

Kalaulah Allah bagi saya rezeki... inshaallah, saya berazam utk bersara awal, saya mahu masuk sekolah pondok, saya mahu belajar semula mengaji Al-Quran, ulangkaji semula segala tajwid, belajar fardhu ain, belajar kitab. Saya mahu jadi umat yang mendapat syafaat dari kekasih Allah. Saya mahu berubah.. Doakan saya yeaa...

1 comments:

Tukang Campak said...

Aku doakan kejayaan kamu norae, moga2 dimurahkan rezeki kamu, pasang niat insyaAllah datang rezekinya or sekurang2nya kuat azamnya.