Lepas grad, aku stay kat rumah cousin kat JB, pastu aku dok hostel jap (lagi ramai orang)... bila dapat kerja kat KL, aku stay kat Vista Angkasa, dengan x unimate. Then.. bila dapat kerja kat Ampang, aku pindah duduk ngan cousin aku di Taman Sri Ampang. Ada suatu masa tu.. few months gaklaa aku duduk sorang2 kat double storey house, bila cousin aku decided utk berenti kerja & stay ngan mak dia kat Muar. Macam menyeramkan sket rumah tu. Selalunya.. bila malam.. kalau aku dah naik bilik kat 2nd floor, aku takkan turun, walau apapun bunyi yang timbul. Alhamdulillah.. mungkin aku nie bebal sket... heartless pun iya... tak ada apa2 yang tidak diingini terjadi.
Dalam 2 tahun kerja kat Ampang, aku dapat offer kerja kat USJ, masa tu aku menyewa bilik ngan Kak Nor. Dan.. aku mengikut aje kemana dia pindah. Kitaorang ada gaklah pindah dalam 2/3 kali. Lebih kurang 2/3 tahun lepas tu.. aku pindah balik Ampang. Sementara tunggu beli rumah. Lepas survey beberapa kali.. alhamdulillah, akhirnya dapat gak aku beli apartment kecik yg kiut nie. Mula2 ingat nak beli double storey, tapi bila difikirkan safety & budget, aku beli apartment aje. Lagipun.. gaji kecik aje masa tu, tanggungan pun banyak... baik ukur baju dibadan sendiri.. kan...
Aku pindah sini pada 31 Ogos 2007. Rezeki Rini, bila aku beli rumah, kebetulan dia mendapat tawaran kerja di Putrajaya, dekat sikit utk dia ulang alik bila stay kat umah aku. Dah lebih 4 tahun rupanya aku tinggal dengan Rini. So.. bila dia kahwin, semua orang macam simpati lak bila aku dok sorang. Semua buat muka kesian. Ish.. ish... diaorg sebenarnya tak tahu yang aku nie berhorayy horayyy bila dok sorang. Not that aku tak suka adik aku sendiri. Cuma.. knowing me, neat freak. Aku sebenarnya, lebih suka dok sorang2. Feels free. Lagipun.. aku tak suka orang yg sepah2 & guna barang aku... Lagipun, apalaa sangat duk sorang2.. bila mati nanti, kita dok sorang gak dalam kubur nanti kann.
So.. for the time being.... let me enjoy myself for being alone... to love & cherish... yeeehaaaa

0 comments:
Post a Comment