Friday, February 10, 2012

Aurat

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59:  

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" 



Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”   –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Nota Kaki :
Semalam, ada seseorang menegur cara aku berpakaian. Aku mengaku yang ianya sedikit ketat. Aku terima dengan hati yang terbuka. Ini sebagai ingatan kepada diri sendiri. Aurat bukan hanya sekadar menutup rambut ataupun membalut anggota badan. Malahan, lebih dari itu. Ada syarat2 nya. Aku kagum dengan beberapa orang kawan aku yang menjaga aurat... memakai sarung tangan sekiranya memakai t-shirt berlengan pendek. Manakala aku.. tak konsisten.. kejap jaga.. kejap tidak. Kena latih diri sendiri mulai hari ni. Fightin

0 comments: