Dua tiga bulan kebelakangan nie, aku macam lost. Dengan masalah family & karier, semuanya datang bertimpa2.. kadang2 rasa macam tak tertanggung pun iya. Kadang2.. sampai terlepas pada orang2 yang aku sayang. It's hurts me more when I'm hurting them. Masalah pulak.. macam magnet.. asyik melekat & terlekat kat aku.
Semalam... masa driving balik. Ntah secara tiba2 terdetik dalam hati. Aku patut bersyukur bila didatangi masalah dan ujian yang bertimpa2. Itu tandanya Allah ingat dan sayang kat aku. Dia takkan uji aku kalau Dia tahu aku tak mampu menanggung semua ini. Dia uji aku dan bukannya orang lain sebab Dia tahu aku kuat. Walaupun kadang2 emo terlebih. Nie ayat pujuk diri sendiri buat masa nie. Percayalah... memujuk orang lain 10 kali lebih mudah daripada memujuk diri sendiri.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

0 comments:
Post a Comment