Thursday, January 5, 2012

Cerita Pasal Impian pada 5 Jan 2012

Nie impian no.1 & no. 2 aku.
Semalam, bila aku belek2 balik mission statement, rupa2nya aku dah letak target untuk ke sini pada tahun 2010. Tapi, takde rezeki pada tahun 2010.
Tolong yea.. kawan2 - doakan Allah bukakan pintu rezeki utk menjemput  Aku, Ina & Norma ke Tanah Suci pada Ramadhan tahun nie. Inshaallah.

Impian no.2, nak bawak parents aku ke sana utk mengerjakan haji. Sepatutnya, tahun 2010 aku dah pun menghantar surat rayuan. Disebabkan keuzuran ayah, terpaksa ditangguhkan. Alhamdulillah, Dia bukakan pintu hati ayah aku utk benarkan kami pergi berdua. Tolong doakan yea. Semoga Allah menjemput kami ke sana. Niatnya, sambil beribadah, kami mahu mencari sepupu mak yang menetap di Jeddah. Menyambung kembali ikatan silaturrahim. Inshaallah.. semoga Allah mempermudahkan urusan kami.

Hari ini 5 Jan 2011, bersamaan dengan 8 Safar 1433 Hijrah, bermakna sudah 5 hari tahun baru berlalu dan satu bulan 8 hari tahun hijrah meninggalkan aku. Setakat ini, tiada satupun persiapan dibuat utk kesana. Kena buat checklist nie.. apa yang perlu dibuat. Antara yang aku terfikir buat masa nie :

* Persiapan dari segi ilmu - Surf internet & beli buku berkenaan ibadah umrah. Syarat wajib, perkara2 yang membatalkan umrah.. doa2 yang nak dibaca, tempat2 yang patut aku ketahui, nie semua kena ingat & hafal.

* Persiapan fizikal - kena setat masuk gym. Stamina beb.. Cik Li cakap, kat sana kena banyak jalan & tak cukup tidur. Kena latih tidur 3/4 jam dah nie.

* Persiapan duit- inshaallah duit utk umrah sudahpun mencukupi. Cuma kena simpan utk Haji.  Barang2 nak kesana pun kena beli gak. Nak buat checklist, beli sikit2. Stokin, jubah, telekung etc.

* Izin & kemaafan mak bapak - izin dah mintak dah. So far, parents aku macam bagi aje. Cuma, belum mintak maaf lagi. Maklumla, aku nie degil. Suka buat benda sesuka hati. Itu yang bapak aku cakap lee..... Kena mintak maaf Norae. Ingat tuuu... 

* Qada Solat - aku berniat utk qada balik solat2 yang tertinggal & cover mana2 yang kurang khusyuk selama ni.

Aku nie banyak kelemahan... masa dulu2 selalu gak ambik mudah hal solat nie. Kena buat solat taubat... bila gi umrah, niat nak ubah diri sendiri utk jadi yang lebih baik. Alang2 dah dapat pergi biar ibadah nie dapat mengubah aku. Mengubah sempadan iman. Tapi.. kena buat persiapan dari sini. Kena asuh diri sendiri bermula sekarang, bersihkan hati, jaga aurat. Belajar balik baca quran. Cadangnya nak cari guru.  Hurm... apa lagi yeaaa.... oppsss.. lepas nie takleh laa gelak lepas bebas macam dulu kann.. Suara tu pun aurat gak Norae.. ingat tuuu

0 comments: