Day 1
Malam tadi aku tak celebrate new year ke mana2. Cadangan ke masjid As Salam untuk mendengar ceramah ustazah Bahiyah pun dibatalkan. Seharian berkurung melayan penyakit perempuan sesambil mabuk n pening baca novel. Sooo unproductive.
Sesekali.. just lay down, relax n doing nothing.. seronok jugak kann. Lagipun, dalam beberapa minggu kebelakangan nie, aku asyik pulun kerja semata2 utk go live. I think that I need a vacation :-). Low cost budget punya vacation.
Malamnya, Aku, Akma n family, Muji n Hana berkonvoi ke Dewan Burhanuddin Hilmi sempena perkahwinan Dayang. Congrates dear, moga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Balik rumah... sambung lagi baca novel. Ish.. melarat sungguh aku nie.. gara2 pengaruh rakan sebaya.. 3 novel dalam masa satu hari... siapppp.
Day2
Sambung baca novel lagi. Cita2 ditahun baru kononnnya nak g jogging.. hancurr gara2 terbangun lewat pagi tadi. Larut lagi dengan 'Panggil aku Dahlia' .. karya Noor Suraya. Aku makin mulai meminati novel2 beliau. Ada unsur dakwah secara halus. Ada unsur keinsafan. Cuma.. masalahnya.. bila aku larut dengan novel... semua benda tak menjadi.. tak makan.. tak minum, tak mandi.. tak lapar... tak masak.. n tak buat apa2... siang malam, pagi petang.. mengadap novel sampai habis.
Hari nie ada date ngan car wash.. dah dekat 2 minggu dah hero aku tu tak bercuci. Kadang2 rasa menyesal pulak cat kaler putih nie. Susah nak jaga. Ingat lagi.. masa mula2 hero aku bertukar warna, punyalaa aku happy sampai bila drive.. tak perasan pun aircond tak dipasang, radio pulak siap nyayi lagi cina.. tingkap bertutup.. dahlaa masa tu bau cat sikit punya kuat, ditambah dengan cuaca panas... tapi aku boleh tersengih2 bahagia. Serius tak rasa panas.. tak rasa bau cat.. kecuali rasa bahagia to the max.
Hari nie, teringin nak makan ayam percik kat Restoran Hasan kat USJ. Lunch utk sorang aje dah RM7 lebih, menyinggah lagi gerai buah.. nearly RM20. Teringin lak cheese tart n kek kat Berry's.. abis nearly RM15. Fuhh bernafsu besar aku hari nie. Tapi tak pe.. penat2 aku kerja, kalau tak spent utk diri sendiri.. utk sapa lagi pun kann.. Lagipun, duit bukan boleh dibawa mati.

4 comments:
Happy new year, insyaAllah murah rezeki, ujung tahun leh enjoy lagi :)
Bergolek2 baca buku memang best, mmg x jadi keje tapi nikmat lps baca tu perghh.
Zie..
Happy new yearrr... yesszaaaa... tu belum bab derma airmata lagi tuhh.. tang bab sedey...atau happy, terbawak2 sampai tido
norae aku selalu gak apply the same prinsip.. keje teruk2 kalau x spend buat apa..kekekke esp utk justify nak beli barang mahal2
Achik
Ekekekke.. ingatkan aku sorang aje yg selalu buat ayat macam tu.... samalahhh, nak justify diri sendiri, padahal tak perlu pon kann
Post a Comment