Aku sebenarnya tak berapa nak minat bab2 sukan nie. Tapi.. few years back, masa stay kat USJ, aku selalu gaklaa pergi jogging (err...more to briskwalk sebenarnya.. ekekke). Terutamanya bila kepala tengah serabut/stress dengan kerja. Selalunya idoklah beria joggingnya, takat keluar peluh malu2 kucing aje. Prinsip aku masa tu (ishh.. jogging pun ada prinsip gak kerr??), jogging utk hilangkan keluh kesah, ala2 ubat jiwa.. dan bukannya utk kurus, stamina.. ataupun personal achievement.Lagipun.. aku tak suka seksa diri sendiri.. takat jogging tu.. tak guna nak beria pun.Bila pindah ke Ampang, dan selepas tu.. menetap di Puchong, aktiviti jogging dah macam terbantut. Susah nak jumpa taman yang best kat situ. Adalah sekali sekali semangat utk jogging datang berkobar2.. tapi.. setakat semangat ala2 hangat2 taik chicken ajelaaa... Kadang2 aje joggingnya.. Selebihnya... kalau tak kerja, asyik mengukur shopping kompleks dengan kawan2, makan... tido.. tengok tv dan segala aktiviti seantara dengannya yang tak keluarkan peluh. Sooo unhealthy kann....No Good Norae.
Cuma lately... kesedaran tu dah datang. Oppss.. lama dah datangnya.. cuma tak berapa rajin macam semenjak dua menjak nie. Bila badan rasa berat, spare tyre dah selambak, asyik mengantuk,cepat letih, lesu, sakit2 badan, mood swing, emosi asyik terganggu...mulalah rasa nak setat jogging balik. Kali niee... more serius berbanding dulu.
Kalau dikira2.. dah masuk 2 minggu aku mula aktif semula. Rabu & Khamis dah setat masuk gym. Sabtu & Ahad.. jogging kat PUJ dengan Ina. Nasib baik ada gang. Semangat jadik xtra sket. Kalau sorang2 tuh.. kurang beria jadinya. Pagi nie.. kitaorang jogging kat Taman Megalit. Best.. sambil berbriskwalk.. sambil snap gambo...sambil gossip & planning utk next kurik kendi punya aktiviti. Inshaallah, esok - Chombie, Ezzah & Achik akan join kitaorang. Meriah niee... jogging berjemaah. Wahhh... teruja lak nak tunggu besok. Can't wait for mini kurik kendi.. lagipun.. dah lama rasanya tak gather sama2.
Aku dah ok sket berbanding last week. Mood dah semakin baik.Rasanya.. aku dah boleh terima.. reda atau pasrah itu belakang cerita.Tapi.. aku dah kurang marah2 (sebenarnya dah penat nak marah).. Start minggu nie, aku lebih fokus pada kerja & diri sendiri. Inilah bagusnya jogging.. boleh buatkan hidup lebih ceria... cewahhhh.. macam duta jogging lak. So far.. badan masih rasa berat & rasa mengantuk lepas makan. Tapi... aku lebih aktif berbanding dulu, muka pun dah brighten.. its good.
Starting minggu nie.. dah nak setat control makan. Nak kurangkan nasi (yesss... aku memang wajib makan nasi setiap hari, kalau tak jumpa nasi, tak boleh tido), lebihkan sayur. Nak makan healthy food. Nak setat diet.. Based on menu yang Ayu bagi hari tu. (Tapi.. menunya dah lupa letak kat mana lak..ekekke). Yup... target aku exercise utk kurangkan berat badan by 5 kilo by end of this year. Sambil tu.. utk stamina. Part of preparation utk g umrah.
Hurm.. rasanya nak ajak geng Kurik Kedi berdiet sama2.. lagipon.. kami nie memang suka buat bende2 berjemaah... tengok Tentang Dhia berjemaah, nangis berjemaah, piknik berjemaah, baca novel & mengomen berjemaah, jogging berjemaah.. apa salahnya kalau tambah lagi.. diet berjemaah kan.. apalah sangat. Sure Ina & Ezzah setuju. Lagipon mek pepel lip lap tu kan pantang kalau orang cakap dia gemuk sket kann.. ekekekke.. esok misi menyucuk dia utk diet berjemaah...wakaka
p/s Rini dah balik Kelantan pagi tadi.Naik AirAsia. Most of the preparation dah almost siap. Hantaran pun dah siap. Cuma dia perlu balik utk kemas rumah & prepare apa2 yang tertinggal. Inshaallah Azyan akan balik dr KK on 18hb nanti. Aku kena g ambik dia kat KLIA. Inshaallah.. kami akan drive balik kampung 20hb nanti. Bolehlah tukar2 drive ngan Azyan nanti. Kalau dengan Azyan, aku confident sket, Azyan lebih expert berbanding Rini. Kalau dengan Rini.. selalu test jantung dan menguji kesabaran aku. Tapi.. lepas niee.. aku janji ngan diri aku sendiri.. tak nak dah marah2. Lagipun kesian gak kadang2 tuh.. terkulat2 aje mukanya bila kena marah....No GOOD Norae..


2 comments:
Like the quote and pic.. x sabar nak join jugak besok
yeayyyy.. dalam 7.30 aku g ambik ko... kita g sauna ekk
Post a Comment