Menyinggah di blog Dr Ridzuan. Sekadar meminjam kata2 beliua :
"Kita semua manusia yang hina di sisi Rabbul jalil.
Kita amat kerdil di sisi Tuhan
Ramai lagi insan yang hidup sukar
Mereka tidak kalah dengan kemiskinan
Cuma kita sahaja yang kecundang
Dengan kenikmatan…"
Alahai.. sungguh aku tertampar, ketika mudahnya airmata mengalir ketika aku menonton episod akhir Tentang Dhia (serius.. endingnya amat meyedihkan). Betapa mahalnya airmata aku tatkala mengadap Tuhan, mengakui akan dosa2 ku pada Mu. Tatkala aku ralit mengulit novel & drama2 korea, alangkah kedekutnya masa aku utk menyembah Mu dan membaca ayat2 Mu. Betapa aku mendahului dunia dari menunaikan kewajipan kepada Mu.
Tuhan.. betapa khilafnya aku.
Tuhan.. betapa khilafnya aku.
Ketika aku berkeluh kesah tatkala dibebani tugas yang tidak pernah surut, aku seakan terlupa... ramai lagi yang berhempas pulas utk mencari rezeki. Ketika aku mengomel mengenai ketidakesedapan makanan, betapa aku lupa.. ramai lagi yang mati akibat kelaparan.
Ya Tuhan...betapa tidak bersyukurnya aku akan nikmatMu.
“Setiap malam saya bangun Tahajud. Saya berdoa supaya rezeki datang ke pintu rumah. Sudah 3 bulan wang persekolahan anak-anak saya tidak dapat saya sempurnakan. Anak kecil yang sakit pula hanya perlu ketemu dukun. Tidak mampu ke hospital. Saya tidak kalah dengan kehidupan kerana saya yakin doa saya didengari Tuhan. Dan hari ini, bapak memohon bantuan kecil saya, dan hari ini doa saya dimakbulkan Tuhan.”.. petikan blog Dr Riduan
YA Allah, ampunilah aku.. kasihanilah aku di atas kekhilafanku.
Surah Al Rahman
55-14: Dia (Allah) menciptakan manusia daripada tanah liat seperti tembikar.
55-15: Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api.
55-16: Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-17: Rab (Tuhan) dua “masyriq” (tempat terbit matahari) dan Rab (Tuhan) dua “maghrib” (tempat terbenam matahari).
55-18: Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-19: Dia (Allah) alirkan dua lautan, keduanya bertemu.
55-20: Di antara kedua-duanya ada barzakh (sempadan) yang tidak dilampaui oleh kedua-duanya. 55-21: Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-22: Dari kedua-duanya keluar mutiara dan marjan.
55-23: Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-24: Dan kepunyaan-Nya (Allah) bahtera-bahtera yang tinggi di lautan laksana gunung-gunung.
55-25: Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-26: Semua yang ada di atasnya akan binasa.
55-27: Dan tetap kekal wajah Rab (Tuhan) engkau Zul Jalal wal Ikram (Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan).
55-28: Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-29: Memohon kepada-Nya (kepada Allah) semua yang di langit dan di bumi. Setiap hari (waktu) Dia (Allah) dalam urusan.
55-30: Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-30: Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”. [Adz Dzariyat [51] : 56)

