18 Disember 2011
Alahai penatnya badan. Dah dua minggu kerja berturut2. Belum dikira balik tengah malam, issue yang tak settle2, berkejar sana sini, meeting.. go live punya pasal.
Ingatkan nak rehat & tak buat apa2 pun sepanjang weekends ni. Tapi.. knowing me, aku memang tak boleh duduk diam & tak buat apa2. Lemas dan rimas. Towards the end of weekend, selalunya aku lebih letih dari biasa kalau tak buat apa2.
Kebetula Rini mengajak ke Nilai utk beli barang2 hantaran. Sekarang nie, aku dah malas nak marah2 dah dengan dia. Buat penat tenaga dan tambah dosa aku jea. Pendekatan terbaik, tunggu dan lihat. Selalunya, gerak hati aku nie jarang yang tersasar jauh. Tak pe.. biarkan dia handle dulu.. aku observe aje.
Aku nie, tak berapa berminat nak ke Nilai sebenarnya. Bukan apa, panas dan ramai orang. Rimas aku. Nasib baiklah hari Ahad tu.. suasana redup & orang pun taklah ramai sangat. Nie satu yang aku tak berkenan. Kalaupun nak beli barangan utk kahwin, buatlah list dulu, fikir kaler tema siap2. Nie tidak... dok asyik tanya aku.. kak..ok ker tak.. yang nie boleh ker tak??.. berapa banyak nak beli??? Assobirin....
Sekarang nie, Rini tengah konflik lak ngan tunang dia. Aku sebenarnya dah malas nak campur tangan. Aku nasihatkan aje. Aku bukan ada pengalaman bab nikah kahwin nie. Memang tak reti. Tapi.. kalau nak buat decision besar dalam hidup. Patutnya, kena doa dengan Allah, buat solat sunat istikharah. Bincang ngan family & adik beradik. Kenal hati budi... nie, belum apa2 dah ribut nak kahwin. Ada masalah sket.. dah ribut nak putus tunang. Adoiiiiii....
One thing about Rini yang selalu aku geram sejak dulu.. dia tak reti nak bertegas & takut nak buat decision. Yang jadi mangsanya.. akulah. Macam mana aku tak jadi gila kuasa sket kat umah?? Kalau dah semua orang tak nak decide..meh sini, aku malas nak semak kepala. Decide ajelah.. kalau salah, kita betulkan mana yang boleh. Kalau dah tak boleh betulkan jugak. Redo ajelah. Semua nie ketentuan Allah. Dia tahu apa yang terbaik utk kita.
2 comments:
hah? ribut nak putus tunang? ishhhh
hahhahaha
Ina - dah tak jadik putus tunang, baik balik... pening kepala aku
Post a Comment