Friday, December 31, 2010

31122010

Hari terakhir ditahun 2010
Sepatutnya hari cuti umum bg menyambut kemenangan Malaysia memenangi piala Suzuki
tapi.. aku kena kerja.. uhuk uhuk

Monolog

dalam hati ada taman... hiks :)

Wednesday, December 29, 2010

Entry Tertunda : Cuti2 Sekolah


Musim cuti sekolah aka musim orang kawin dan kebetulan adik bongsu aku, Azua & cousins datang bercuti. Kami berkonvoi ke Rantau. Alang2 dah sampai.. usai majlis persandingan, kami terus ke PD.. bawak bebudak tu mandi manda... aku ngan Nini - melepak.. melayan blues



Maksu sekeluarga datang ke KL atas jemputan kawin bagi pihak lelaki. Rumah aku meriah dengan adengan makan2 & gossip keluarga. I like :)


Bila mak bapak balik kampung.. anak2 bersukaria, berpiknik, meronda dan berposing sekitar Putrajaya.. best gile.

Sekarang rumah kembali sunyi, tak lama lagi cuti sekolah akan berakhir.. aku rindukan riuh rendah diaorang.
Posted by Picasa

Singapore - Basi ker??

Walau Ina mengata yg entry jalan2 ke S'pore nie dah basi.. tak kiralaaa.. aku nak update gakk... manatau.. in future, ada cerita yang nak dikenang, ada memori yang nak disimpan .. :)


Hari Ke 2 - Awal2 packing & check out dari Rumah penginapan TNB. Kami breakfast di Restoran Sri Bayu Perdana, Faiz yg belanja - thanks yeaa. Park kereta di stesyen bas Larkin & naik bas direct ke Woodland.

Stress gila menunggu urusan imegresen.. hampir 2 jam beratur.. aiyohhh.. Sampai kehabisan modal utk bergossip dah. Hari nie kami cuma jalan2 area Orchard Road & Mustafa. Tapi pletihnyanya.. Ya ampun...

Hampir tengah malam check in Tune Hotel... penat sehhhhh




Hari ke 3 :
Chombie & Ayu - down.. stay di JB. Yang lain2 meneruskan perjuangan menghabiskan duit & menambahkan penat kaki.


Destinasi : Naik bas SBJ - terus ke Bugis Street, naik MRT ke Promenade, Singapore Flyers, jalan kaki ke Esplanade & Marina Bay, Kampung Glam & Arab Street, Orchard Road, Larkin, JB

Puas jenjalan sambil merasa murtabak Zam2.. cukup puas hati...







Day 4 : USS -- best giler... zaman kanak2 mana kita nak merasa main semua mak nenek game nie kannn.. walau apa pun perasaan tak enak disebabkan beberapa insiden yg terjadi.. tapi.. yg penting... kami tetap enjoy.
Day 5 : JB- Melaka -KL
Sempat merasa cucuq Keria Tengkera idaman hati Pijah (sedap gile beb) dan kemudiannya yong tau foo Tanjung Puteri.
Kudos to:
Ina - Cik Ketua Rombongan yg menjayakan plan cuti2 kurik kendi.
Pijah & Zira - pilot yg sungguh sabarr dan berhemah.
Zira - Adun Melaka yg dedikasi dan berkaki lebar.. ekekke
Norm - Cik Photographer .. siap ngan video clip lagik.. sob sob.. terharu gilak nih
Achik aka Che Long - belanja bekpas & tukang pinjam duit & geng soping.....
Ayu - geng memeriahkan acara & ajk komunikasi
Ezzah - walau pun tak join.. geng tetap geng kann
Chombie - sakit2 pun nak join gakkk
Aku ?? - ekekeke - ratu foto - julung kalinya merampas tahta dari Ina.. wakakakka ( gelak riak skettt)
Walau apapun yang berlaku, walau halangan yang mendatang, walau sukar manapun jalan2 yg kita tempuhi - semoga persahabatan kita kekal keakhir hayat :)

Thursday, December 23, 2010

Si Cilik yang berbisa


Dia baru berusia 22 tahun.. berasal dari pekan kecil, tapi pada usia yang muda, berbekalkan kecekalan dan keazaman utk mencapai cita2, dia berjaya merangkul gelaran American Master Chef yang pertama. Cerita selanjutnya disini. Sicilik Whitney Miller berjaya menawan hati Chef Gordon Ramsay.. (popular dengan Hell Kitchen) , Joe Bastiniach (seriuss mamat nie memang strict gile) & Elliot Bowles dengan hidangan selatan yang sederhana tetapi sedap.

Berdebar betul tengok last episod American Masterchef tadi, tambah2 lagi, bila Whitney terjatuhkan hidangan ayam dilantai dalam tempoh tak sampai 10 minit perlawanan tamat.. Fuhhhh.. nasib baik dia sempat menyiapkan kembali hidangan kedua.. dia memang bertuah.

Paling aku kagum dengan sikap rendah diri, fokus dan kesungguhan yg dia tunjukkan. Gelaran Bidadari Dessert yg diberikan oleh Ramsay memang sesuai sekali dgn Whitney.

p/s : Melihat Whitney... seakan melihat bayangan aku sendiri, suatu ketika dulu.. ketika masih muda remaja...sanggup melakukan apa sahaja.. begitu bersungguh dan berusaha keras utk mencapai cita2. Masih aku ingat.. aku pernah tanpa mengira hari minggu.. siang dan malam.. ada ketikanya .. diketepikan segala perasaan utk kerjaya... hinggalah suatu ketika.. bila aku terjatuh.. dan aku mula hilang arah dan keyakinan.. mulai hilang kepercayaan pada diri sendiri...cuma Allah yang memberi aku kekuatan utk bangkit semula. Memang sakit dan payah utk kembali bertatih.. Tapi.. alhamdulillah... dan di tahun hijrah yang baru ini.. aku mahu terus maju dalam hidup dan kerjaya... tidak memiliki apa yg dimiliki oleh orang lain... tidak bermakna aku tidak mampu.. aku tidak sempurna... lagipun.. apalah yg hebat sangat tentang sempurna... kadang2 ketidaksempurnaan itu yg akan lebih memberi kebahagiaan....

Friday, December 17, 2010

KK S'pore : Day 1

D' Kurik Kendi Gang : Ina (Ketua Rombongan), Norm, Achik, Zira, Ayu, Pijah, Chombie & ME
D'Date : 10 - 14th December 2010
Day 1 Route :
Putrajaya - Bangi - Melaka - Muar - Batu Pahat - UTM Skudai - Jalan Petri, JB - Angsana - Kg Melayu Majidee
Ayat Tema : Tohmah
Al-Kisahnya :
Berbulan merancang, hari yg dinanti, yang ditunggu.. tiba jua akhirnya.
Sehari sebelum trip, aku dah rasa macam nak demam. Segala simpton, sakit tekak, rasa seram sejuk, tak selesa, batuk2.. semua dah ada. Aku jarang terkena demam, tapi.. kalau dah demam.. selalunya ambil masa utk sembuh. Sakan aku makan ubat selsema & panadol.. sampai overdose. Pening lalat dibuatnya. Walau terlebih ubat, tetap tak boleh tidur semalaman, gara2 terlalu teruja..
Kami berkumpul & breakfast di Bangi. To Achik & Zira - terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi & semoga dimurahkan rezeki.. psst - Zira: nasi lemak tuh memangle sodapp..
Berkonvoi riang ria ke Melaka, Ina, Ayu & Aku naik kereta Pijah, manakala Norm, Achik & Chombie menumpang Zira. Kami menyinggah dirumah parents Zira - mengantar Yusof. Aku tido lena sepanjang jalan gara2 Active fast. Nie tak boleh jadi nie.. aku mesti cepat sembuh.. cadangnya, kalau tak sembuh gak, berkemungkinan besar aku akan cancel trip aku ke S'pore besoknya. Tak mau menyusahkan kawan2 , kiranya aku terus ajelah kerumah cousin di Bukit Mutiara. Lagipun.. tak seronok berjalan kalau badan tak sihat.
Mengikuti jalan tanpa tol dari Melaka - Muar -Batu Pahat, banyak view menarik, banyak cerita terungkap, banyak gelak tawa terlontar.. tapi aku... zzzzzzzzz, jeles sebenarnya nak join d' gossip.. tapi.. aku lalok dek ubat.. Sempat gak merasa mee Sanggul yg Ayu introdue.. & thanks a lot to Pijah.. sebab tak putus asa dok melilau mencarik mee sanggul sepanjang jalan.. Kelakarr.. ingatkan mee sannggul tuh macam ala2 mee goreng kerr.. rupa2nya macam Crackers gitu.. dicecah sambal tumis... perghhh terangkatt.. kalaulee tak dapat mee sanggul tuhh.. ada yg kene tohmah niee..
Lunch di food court sebelum jambatan di Batu Pahat.. pekena Nasi beriyani.. perghhh.. memang kaw kaw masakan orang Batu Pahat nih.... lepas makan - aku sambung lagi tido. Harap2 aku sihat besok pagi. tolonglah Ya Allah :)
Menyinggah di UTM Skudai, Puan Zira kita nih mengambil barang2 dagangan.. gigih betul makcik nih.. merata2 business.
Menjelang Maghrib barulah sampai ke JB, Jenuh mencari jalan Petrie, menanya pakcik google, pakcik GPS, Garmin, kompas rakyat lagik.. nasib baikle ada Faiz... yg sudah siap sedia membantu.
Kami akan bermalam di rumah tumpangan TNB. Amat besar & selesa.. Again - thanks Zira, lain kali bagitau awal2 naaaa.. sambil jeling Pijah sekali.. ahaks
Malamnya - kami ke Angsana, membeli jajans & air mineral. Sorang lagi down - Chombie, mengadu pening2 kepala, bila di check - sah2 kena high BP. Kami ke poliklinik berhampiran kampung Melayu Majidee & terus dinner di foodcourt depan masjid, kawasan jajahan takluk Faiz. Merasa murtabak daging yg sedapp kat sana...
Posted by Picasa

Friday, December 3, 2010

10 Tanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

kudos to Svetlo-nisa

Thursday, December 2, 2010

Hijau Daun - (Suara Ku Berharap)


p/s : Lagu nie aku tujukan pada si Dia dan dia yg pernah singgah dalam hidup aku.. :)