Bila dicheck, rupa2nya memang steering kereta ina ada masalah & kene tinggal kat workshop.. throttle body pun dah hampir cukup haul.. tunggu masa jeaa.... borak sedas dua.. kami lunch di Restoran favourite aku.. Restoran Hassan di RNR Awan Besar. Memang sedap ayam goreng kampung kat sini... kalau setakat seketul dua ayam goreng.. gerenti tak cukup. Banyak2 kedai ayam kampung yg aku dah makan... inilah yg paling bestt.. Apa orang kata tuh.. the best among the best.. ekekekke...Settle makan, lepak kat gumah aku sementara bas yang membawa Datin Sri Norm sampai. Cadangnya dia nak turun di Hentian Putrajaya.. alih2 berenti di Puchong. Punyalah gigih Cik wok kita sorang nih.. lepas kerja, terus lompat bas ke KL.. gara2 mau berkurik kendi.
Setelah beberapa kalu U-turn gara2 terlepas simpang, kami menghala ke KL, misi utama kali ini... menonton Maskara Shorties... yang telah diwar warkan oleh Ina (the event manager). Sebelum tuh.. menyinggah di Tupai2. Tu restoran yea kawan2, bukannya Tupai yg suka tebuk kelapa tuh... khabarnya milik Bob Lokman...walaupun.. batang hidung Bob Lokman langsung tak kelihatan. Boleh tahan juga masakan kat Tupai2 nih.. Norm order nasi goreng, Ina - mee goreng mamak yg dah convert dan aku amik Wantan Cantonese Mee. Kebanyakan yg datang kat sini makan stimbot. En Bob Lokman.. stimbot tuh nampak agak menarik.. akan tetapi.. kalau En Bob Lokman menyediakan makanan utk grill sekali (macam kat Restoran Seoul kat Bangsar tuh).. saya percaya... dia akan nampak 10 kali lebih menarik. Dan gerenti.. saya akan datang lagi.. dan lagi.. dan lagii...
Sementara menunggu Maghrib, merasa banana split... nampak dakk gambar terujaa tuh :). Bagus gak restoran nie, disediakan tempat solat & toilet yang bersih.
Maskara shorties bermula dari pukul 7.30 malam di Rumah Pena. Sebenarnya, tempatnya betul2 dibelakang Restoran Tupai2, keluar aje restora tuh.. terus masuk kanan.. dan ambik simpang kanan yang pertama. Berpusing gaklah mencari.. gara2 salah info dari kompas rakyat. Lucu pula.. bila orang tempatan bertanyakan arah dr rakyat asing.. :)
2 comments:
Thanks for supporting us!
Tok Rimau..
No prob... lain kali jemput lagi ek
Post a Comment