Rice cooker kecik

>> Tuesday, November 3, 2009

Beberapa tahun lepas, semasa aku masih tinggal dengan Kak Nor, menyewa bilik, semasa kami menemankan kawan Kak Nor yang masih bujang membeli rice cooker bersaiz kecil, terus terang kukatakan pada Kak Nor bahawa, aku berikrar utk tidak akan membeli rice cooker kecil utk diri sendiri.

Ketika itu, rice cooker kecil bagi aku melambangkan kegagalan aku sebagai seorang wanita. Entahlah, rasa begitu 'pethatic'.. itu bg akulah. Beberapa tahun mendatang, dan aku masih berpegang pada janji aku terhadap rice cooker kecil.

Beberapa bulan lepas, janji itu telah aku ingkari dan ternyata.. memiliki rice cooker kecil tidaklah sepathetic mana. Hidup membujang pun ada indahnya, begitu tenang dan mendamaikan dan boleh berbuat sesuka hati tanpa kebenaran sesiapa.

Kalau ku jumpa Kak Nor, dengan bangganya kukatakan, aku telah memiliki rice cooker kecil. :)

p/s : Hidup kita.. kita yang tentukan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP