Me & balik kampung

>> Friday, July 17, 2009

Semenjak dedulu lagi.. semenjak aku keluar dari rumah, study maupun merantau mencari rezeki, aku jarang pulang ke kampung halaman. Pernah dalam setahun, aku hanya pulang utk berhari raya sahaja..


Kalau masa belajar kat Raub dulu, mungkin aku jarang balik disebabkan kekurangan duit saku & kesukaran transport. Masa kat UUM dulu pun... mungkin disebabkan masa .. tapi.. bila bekerja, aku lebih cenderung melancong bersama kawan2.. Namun begitu, itu bukanlah bermakna aku melupai keluarga dan asal usul. Teknologi senantiasa menghubungkan kami. Tambahan lagi bila ada teknologi 3G.. boleh dikatakan 2/3 kali sehari kami berhubung...

Apapun.. malam nie aku akan pulang kekampung, semenjak kebelakangan ini, hati senantiasa meronta2 nak pulang. Tambahan dengan tahap kesihatan ayah aku yang kurang memberansangkan.. & keletah anak2 sedara.. owhh... rindu aku jadinya....

"Perjalanan jauh tak kurasa
kerna hati ku melonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang & rimba
langit nan tinggibertambah birunya
deru angin turut sama berlagu
semuanya bagaikan turut.. gembira

oooooo balik kampung
hati riang....

2 comments:

anne July 20, 2009 2:24 PM  

have a safe trip. semoga dapat spend quality time dgn family:-)

Norae July 21, 2009 10:45 AM  

Anne..

tenkiuu

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP