Drama Pilihanraya (5) Cerita di Bukit Jalil
>> Friday, March 7, 2008
Malam tadi, boleh dikatakan hampir keseluruhan anak2 Kelantan yang layak mengundi di Kelantan menerima panggilan talifon ataupun sms supaya berkumpul di Bukit Jalil pada seawal jam 8.30 pagi. Dikatakan duit minyak akan diberikan bagi menampung pengundi2 balik kg.
Asalnya aku agak keberatan, tetapi bila difikirkan balik, seronok juga menyaksikan drama2 pilihanraya. Kebetulan ada beberapa geng sekampung yang nak kesana.
Informasi awal mengenai perhimpunan tersebut ditukarkan dari parking B ditukar ke parking F, stadium bukit Jalil. Ramai yang hadir. Hampir 3 ribu orang. Ada geng2 bujang, ada yang bawak family, ada yg muda & ada yang dah berumur. Setiap orang dimestikan untuk mendaftar mengikut ADUN masing2 dibawah khemah yang disediakan. Hampir 12 hingga 13 khemah disediakan. Sebanyak 100 unit buah bas disediakan utk mengangkut para pengundi balik ke Kelantan. Ada bas Transnasional, Plusliner, bas kilang & macam2 lagi. Poster2 BN merata2. Bersungguh2 nampaknya Bn mahu menawan Kelantan kali ini. Ada polis.. ada TV3, ada RTM1.. reporter pun ramai.
Sementara menunggu, sempat berbual2 dengan beberapa rakyat kelantan. Antara dialog yang menarik utk dikongsi bersama.
Dialog 1
A : Makcik nie datang sini, sebab diaorg telefon suruh ambil duit. Dah orang nak bagi, terima sajalaa.. undi tu.. kita cerita kemudian.
B : Orang nak bagi duit, siapa yang tak nak. Pak cik tetap undi Pas. Mana boleh derhaka kat Tuk Guru. Lagipun, nie bukan duit diaorg, tapi duit kita. Kita yang bayar cukai.. bayar tol..
C : Saya tahu, awak nie tak semuanya akan undi BN, cuma kene beringatlah, siapa yang akan tolong kita.
Bila dicongak2 kembali, agaknya berapa yang di habiskan oleh BN pada pagi nie sahaja :
1) RM 200 setiap orang bagi yang menaiki bas = RM200 x 100 bas x 35 orang = RM700,000
2) RM 200 setiap orang yg menaiki kereta = RM200 x 2000 orang = RM400,000
3) Sewa bas = 100 unit x anggaran RM2000 = RM200,000
4) Sewa Khemah = RM200 x 13 = RM2,600
5) Bayaran kepada petugas = RM500 x 200 = RM100,000 (anggaran)
Anggaran kasar kesemuanya adalah RM1.43 juta... perghh
Soalan cepumas :
1) Agak2 kat mana datangnya duit tu. Takkan dari langit... (kene tanya Ayah Pin nih)
2) Agak2 berapa banyak GLC yg merekacipta megaprojek palsu bagi membantu hantu BN membiayai jentera pilihanraya... (patutlah harga toll asyik naikk jer).
3) Agak2 berapa peratus yang mengambil duit tersebut mengundi utk BN? Sebab, semasa disana, petugas2 kelihatan tak berapa berani utk berkempen lebih-lebihan. Kenapa??... takut kerr..
4) Agak2 yang naik bas tu semuanya anak Kelantan?... ntah2 diselit pengundi hantu...





4 comments:
biarlah dia, dah memang BN macam tu. Yang penting tekad dalam hati kita, biar apa yang datang, Islam tetap di tegakkan.
wow, syok jaga dapat balik kampung free. Undi siapa, itu lain kira.
takgedebe...BN memang kotor & mengotorkan.. kita doakanlah supaya kekotorannya tak terpalit dikelate..
kbguy.. memang rasa tak sabar nak balik kelate. Rasa nostalgia pula bila tengok blog saudara. Teruja nak merasai kemeriahan mengundi.
nak tau mana datang semua duit tuh???
hahah... cuba tanya magnum, damacai, toto... kepada sapa mereka bagi semua duit yang mereka dapat untuk special draw dari hari pembubaran hingga hari mengundi ni??
Post a Comment