Thursday, May 31, 2012

Farewell DSZ


Hari nie.. our last day of SUPER BIG BOSS..
BOS yang terlalu CLOSE di hati.. sangat humble tapi penuh KARISMA
Sanggup personally turun padang.. asking for forgiveness and saying goodbye.
Sebak... semoga Allah senantiasa merahmati & memurahkan rezeki DSZ.


Last e-main which makes us cry...
Salam Dari Meja Syed Zainal
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.

Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.

Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON.  Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya.  Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya?  Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha  merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung.  Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan.  Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON.  Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON.  Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari.  Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya.  Bukan saudara saudari.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi.  Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun.  Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu.  Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan,  Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya. Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON.  Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya,  Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.  Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.

Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir.  Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya.  Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya.  Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.

Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour  dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.

"There You'll Be"

When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I'll be glad 'cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I'll look and see your face
You were right there for me

In my dreams
I'll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I'll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you'll be
And everywhere I am
There you'll be

Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me

'Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always



Salam hormat dari saya,

Syed Zainal

Wednesday, May 30, 2012

Perginya Steve Job of Proton

Kata orang tua2.. patah tumbuh.. hilang berganti... tapi.. yang patah takkan pernah sama dengan yang berganti. Dan yang berganti tidak semestinya lebih baik dari yang patah. Begitu jua sebaliknya.

Namun.. tiada apapun yang kekal didunia ini kecuali Allah. Dan.. Allah lebih mengetahui yang terbaik utk hamba2 Nya.

Sebenarnya.. desas desus sudah lama kedengaran. Disokong dengan pemergian beberapa orang kuat yang lain. Satu persatu menyerahkan surat perletakan jawatan. Mereka orang berpengaruh. Network merata2. Semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah utk mereka.

Best of luck Datuk Syed. Terima kasih tak terhingga di atas segala jasa & bakti. Kami sanjung kepimpinan Datuk. Semoga Allah sentiasa merahmati, murahkan rezeki dan melapangkan perjalanan hidup Datuk. Cerita selanjutnya disini & sini.

Tuesday, May 29, 2012

Melaka-Serdang-Pasir Mas

An impromptu plan.... tertiba Chomb ajak temankan dia ke Melaka. Since takde mende nak buat pun, weken.. kira on ajelaaa...

 Event pepagi Sabtu : Projek Green Revive.... lempar mud organic ke laut & tanam pokok tepi pantau Klebang... syiok gakkk

Kalau pegi Melaka - korang mesti TRY cucuq KERIA Pantai Klebang, COCONUT SHAKE Tengkera & YONG TAU FOO SUP Pantai Puteri. Kalau tak try... RUGI. Coconut Shake & Cucuq Keria dah mula di jual around 12.30 Tengahari, tapi... YTF bukak dalam pukul 5 lebih. So.. tak sempat merasa YTF kali nie.

Malamnya, Chomb ada sesi ceramah tatatertib. Boleh tahan minah nie bagi ceramah. Ada bakat tersembunyi rupanya.. Caiyokk Chomb.


Ahad Tengahari : Potluck lunch at Achiks.. Best.. best.. best...
Sessi catch up ngan Ina, Ezz, Achik, Chomb n Adik...
Thanks to Ezz for the fresh flower.

Alahai... malang tak berbau...
Jumaat 25/12/2012.. anak sedara kesayangan jatuh motor...
Rasa nak nanges mak long menengok..
Tapi.. tak boleh nak cakap apa... bila accident ngan mak sendiri.
Bende dah nak jadi.. harap2 jadi pengajaran dimasa depan.. supaya lebih berhati2.
Ciannya sayang adik 6

Friday, May 25, 2012

Jumaat - 4 Rejab

Assalamualikum...

Jumaat sudahh...cepatnya masa berlalu kan? Baru semalam aje rasanya Monday bluess.. tup tup.. dah Jumaat.

Sekadar perkongsian utk manfaat bersama:

Hadith dari Aus bin Aus radliallahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah berkata:

“Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikanAdam alaihis salam, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyaklah salawat atasku pada hari itu karena shlawatmu akan sampai kepadaku.” Para shahabat bertanya: “Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Berkata: “Allah Subhanahu waTa`ala mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi.”
 
(HR. Abu Dawud, Sahih, lihat Sahih Sunan Abu Dawud hal. 196 hadith no.925 oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani)..... sumber Abu Naeim

Jom... kita perbanyakkan selawat & membaca Surah Al-Kahfi.

Thursday, May 24, 2012

Yang LEMAH dan PALSU Berkenaan Ibadah di bulan REJAB

Semenjak pagi semalam, Ustaz di Radio 1 membicarakan tentang beberapa hadis (yang biasa kita dengar & sesetengahnya kita amalkan) berkenaan amalan puasa dan ibadah di bulan REJAB adalah merupakan HADIS yang LEMAH & PALSU. Pagi nie.. terasa seakan terpanggil untuk mencari maklumat lebih lanjut berkenaan hadis yang berkaitan. Astaghfirullahalazim... alangkah jahilnya aku selama ini. Melakukan ibadah berdasarkan ikutan...

Jom... kita sama2 baca SmartSufi.Com (kudos to SmartSufi.Com) sebagai panduan utk kita semua :

Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi
 
Soalan:
Banyak kami dengari dari khatib Jumaat – terutama pada awal bulan Rejab – hadith-hadith yang mereka riwayatkan tentang pahala yang besar yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang hanya berpuasa sehari di dalam bulan Rejab. Antara hadith ini ialah: “Rejab bulan Allah, manakala Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Apakah pandangan tuan dengan hadith-hadith sebegini? Apakah hadith-hadith ini sahih? Apakah pula hukum sesiapa yang meriwayatkan hadith palsu yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. kepada orang ramai?

Jawapan:
Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).”(al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada di antara Rejab dan Ramadhan.”Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan. Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku.”Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu …  iaitu ianya suatu yang didustai (atas nama Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa solat sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala … semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta. Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur para ulama berkata:

Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu. “Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.: “Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid. “Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan untuk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid. Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini. Ke atas ulama wajib memberi perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda: (Maskudnya):  “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.”(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya). Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu.

Oleh kerana itu ia dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya…terdapat banyak kitab-kitab hadith yang dibuat rujukan, ada kitab-kitab yang khas yang memberitahukan tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah “oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima haduru ala alsinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba ‘, kitab Kasful khafa ‘ wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith ‘ala alsinati al-Nas oleh al-’Ajluni…dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib dan memahaminya, agar mereka tidak mengambil satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya. Sesungguhnya termasuk dalam kemerbahayaan yang berlaku di dalam masyarakat kita ialah hadith-hadith yang palsu dan yang direka yang bercampuraduk di dalam khutbah, buku-buku dan percakapan manusia, hakikatnya ianya adalah hadith yang palsu dan yang direka.Oleh kerana itu kita perlu membersih dan menyucikan masyarakat kita daripada hadith-hadith seperti ini. Sesungguhnya Allah mentaufikkan para ulama yang menjelaskan kepada orang ramai perkara-perkara yang asas dari yang direka, yang tertolak dari yang diterima. Dan kita hendaklah mengambil manfaat dari usaha mereka dan mengikut ilmu yang telah mereka terangkan.

Wallahu a’lam

KEPALSUAN HADIS REJAB

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Seluruh pujian hanya kepada Allah semata. Salam sejahtera kepada Nabi dan ahli keluarga beliau.

Setiap amalan dalam Islam mesti berdasarkan kepada sumber yang sahih sahaja iaitu al-Quran dan sunnah Nabi yang asli. Umat tidak dibenarkan mengambil sebarang hadis palsu dalam urusan agama. Sebaiknya umat dapat mengenali hadis palsu mengenai amalan bulan Rejab. Bahawasanya bulan Rejab itu adalah bulan yang agung yang diberikan gandaan kebajikan-kebajikan padanya. Siapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka seakan-akan dia berpuasa setahun. Siapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab ditutup padanya tujuh buah pintu neraka jahanam. Siapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibuka padanya lapan buah pintu syurga.
Barang siapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab itu maka dia tidak meminta sesuatu pada Allah melainkan diberikan padanya. Siapa berpuasa bulan Rejab itu selama lima belas hari nescaya berseru suara daripada langit, sesungguhnya engkau telah pun memperoleh keampunan atas dosa yang telah lalu, maka memulakan amal kamu. Pada bulan Rejab Allah membawa Nuh dalam bahtera. Nuh berpuasa dan menyuruh orang-orang yang bersama-sama beliau dalam kapal supaya berpuasa kerana bersyukur kepada Allah. Bahtera belayar selama enam bulan lalu berlabuh atas bukit al-Judi pada hari ‘Ashura’ . Pada bulan Rejab itu Allah menerima taubat  Adam dan juga taubat penduduk bandar Yunus. Padanya lautan terbelah untuk Musa dan padanya diperanakkan Ibrahim dan Isa . (Idris: 523)

Siapa menghayati satu malam dari bulan Rejab itu dan berpuasa sehari nescaya Allah memberi dia makan daripada buah-buahan syurga, memakaikan dia dengan pakaian-pakaian dari syurga serta memberi dia minum dari arak yang terpilih yang dilak tempatnya, kecuali orang yang melaksanakan tiga perkara, orang yang membunuh jiwa, atau dia mendengar orang yang meminta tolong pada waktu malam ataupun siang hari akan tetapi dia tidak menolong orang tersebut atau orang yang saudara dia mengadukan sesuatu kehendak padanya tetapi dia tidak melapangkan kehendak itu. (Idris: 524)

Rasul Allah telah berkhutbah kepada kami sekali Jumaat sebelum Rejab, dan beliau bersabda, wahai manusia, sesungguhnya kamu telah diberikan perlindungan oleh satu bulan yang agung, bulan Allah yang pekak, padanya diberikan gandaan kebajikan, padanya terkabul permohonan-permohonan dan padanya hilang segala kesusahan, dan juga tidak ditolak satu pun permohonan orang mukmin. Maka siapa yang berbuat kebajikan pada bulan tersebut akan diberikan gandaan padanya beberapa kali ganda dan Allah akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang Dia menginginkan.

Oleh itu, hendak kamu mendirikan solat pada malam dan berpuasa pada siang. Maka siapa yang bersolat pada satu hari dari bulan Rejab lima puluh rakaat, dia membaca pada tiap-tiap rakaat apa yang mudah untuk dia dari al-Quran maka Allah mengurniakan dia kebajikan-kebajikan sebanyak bilangan genap dan bilangan ganjil, dan sebanyak bilangan rambut dan bulu. Siapa berpuasa sehari maka Allah akan menulis buat dia dengan puasa itu sebanyak pahala puasa setahun. Siapa yang menjaga lidah pada bulan Rejab pasti Allah mengajarkan hujah semasa pertanyaan Munkar dan Nakir. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah padanya maka itu menjadi pembebasan dia dari neraka. Sesiapa menghubungkan perhubungan pada bulan Rejab pasti Allah menghubungkan dia di dunia dan akhirat dan membantu dia ke atas musuh-musuh semasa dia hidup. Sesiapa melawat seseorang yang sakit pada bulan Rejab maka Allah akan memerintahkan pada malaikat Kiram supaya menziarahi dia dan memberi salam padanya. Siapa yang bersolat ke atas satu jenazah pada bulan Rejab seakan-akan dia menghidupkan seorang kanak-kanak perempuan yang ditanamkan hidup-hidup.

Siapa memberi makan seorang mukmin dengan satu makanan pada bulan Rejab Allah meletakkan dia pada hari kiamat atas satu hidangan bersama Ibrahim dan Muhammad. Siapa memberikan satu minuman air pada bulan Rejab maka Allah memberi dia minum dari arak yang terpilih dan yang dilak tempatnya. Sesiapa memberikan satu pakaian kepada seorang mukmin maka Allah memakaikan dia dengan seribu pakaian dari pakaian-pakaian syurga. Siapa memuliakan seorang anak yatim dan mengangkat tangan atas kepala (mengusap rambutnya) maka Allah memberi dia keampunan sebanyak bilangan rambut yang disentuh oleh tangan dia. Sesiapa beristighfar kepada Allah sekali pada bulan Rejab nescaya Allah memberikan keampunan. Siapa melakukan tasbih sekali padanya ataupun dia bertahlil sekali tahlil nescaya dia dicatat di sisi Allah dari golongan orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah. Sesiapa yang mengkhatamkan sekali khatam al-Quran pada bulan Rejab, dia dan bapa dia masing-masing akan dipakaikan dengan sebuah mahkota yang bertatahkan mutiara dan al-marjan dan dia terselamat dari kejutan hari kiamat. (Idris: 536)

Semua hadis di atas adalah hadis palsu mengenai bulan Rejab yang dinyatakan oleh para ulama hadis. Jikalau dilihat pada hadis tersebut akan kelihatan betapa banyak maklumat yang bertentangan dengan fikiran manusia yang waras di mana ganjaran yang ditawarkan sangat berlebihan berbanding dengan amalan yang dibuat. Adapun perkara sedemikian adalah tidak munasabah dan tidak mudah diterima oleh akal yang sihat. Sesungguhnya Islam mengharamkan merujuk kepada hadis palsu dalam apa jua bentuk ibadat kerana ia hanya mencemarkan kesucian Islam. Allah yang Maha Mengetahui. Dengan harapan penulisan ini bisa memberikan manfaat.

Wallahu a’lam.
Sumber: Idris, Abdul Ghani Azmi, Himpunan Hadis Dha’if Dan Maudhu’, jilid 1, (Kuala Lumpur, al-Hidayah: 2006).

Tuesday, May 22, 2012

Doa Bulan Rejab

Selamat Menyambut Bulan Haram...
Antara bulan2 yang dimakbulkan doa adalah bulan Rejab.
Jom.. kita sama2 tingkatkan ibadah berpuasa sunat, mengaji Al-Quran dan berdoa,
Semoga Allah makbulkan doa kita semua.


p/s : Mulanya aku malas nak ambik kesah sangat hal2 opismate aku sorang nie. It's ok lah kalau dia nak marah kan aku, well most probably memang salah aku... then, bila aku mintak maaf, dia tak nak maafkan. Tak pa...Then, bila babitkan soal kerja.. dok asyik carik salah.. walaupun.. sebenarnya, terbukti dia yang salah.. Aku malas nak ungkit & aku sabar aje... malas nak ambik kesah. Tapi... bila dia dok sebarkan cerita yang dia bergaduh ngan aku kat orang lain.. Heiii.. please laaa.. grow up.  Ko tu lelaki... sebukk gossip. Kang aku cakap ko takleh terima kenyataan bila aku reject ko.. kata aku PERASAN lak kan....  Aduss.. sabar ajelaa... Bila ko buat macam nie... ko dah terkeluar kategori kawan aku dan termasuk dalam kategori... yang bila ko buat apa2.. langsung tak mendatangkan kesan pada aku... Meaning... you're not my friends anymore.. I'm very GOOD at ignoring people. Sekian. Adios.

Monday, May 21, 2012

Menang!!! Yeayyy....

Akhirnyaa.... setelah 22 tahun menanti...
Cubaan kali ke 3 ke final...
Segalanya menjadi kenyataan... YEAYYYYY
Alhamdulillah..
Gagal berkali2... tak bermakna akan gagal selamanya...
Walau ditindas... diketepikan... dipolitikkan...
dikutuk kerana ketaksuban penyokong2 fanatiknya..
tapi.. kalau Allah nak beri kemenangan...
tetaplaa jua akan MENANG kann...

Tapi... yang AMAT MENYEDIHKAN... KUALITI PADANG.
Bila laa pihak Stadium Bukit Jalil nak upgrade padang diaorang.. Tiap2 tahun masalah yang sama.
Sudahlah rege tiket RM40, kalau dikira 90k orang yang datang... RM3.6 juta dapat dikutip..
Tapi.. kalau dibanding ngan padang sekolah, 10 kali lagi bagus daripada padang Bukit Jalil...
FAM patut ambik serius hal nie.. jangan dok asyik nak ambik tindakan disiplin ajee..bila ditegur..
Camana industri bolasepak nak maju..Kalau pantang ditegur. Kalau asyik dok dengki aje.

Sefanatik penyokong pasukan Kelantan pun... sebab diaorang laa FAM kaya. Sebab diaorang laa.. industri bolasepak jadi xtravaganza meriah.  Kalau nak harap penyokong negeri lain, berapa kerat aje yang sanggup datang jauh2 hatta ke Vietnam, Sabah.. Sarawak, sanggup bayar harga tiket stadium.. tiket bas/keretapi.. kapalterbang.. sangup bersesak... sanggup berhabis masa.. tenaga dan wang ringgit...

Apapun...Akhirnya... rakyat Kelantan boleh tidur dengan senyuman.... Lepas niee... kita buru Piala Liga Super lak... caiyokkkk

Friday, May 18, 2012

Salam Jumaat

Assalamualaikum.....

Pepagi dah edisi test jantung... opppsss... sebenarnya, setat malam tadi lagi.. bila big big boss call, n cakap esok nak meeting by 9 & tetiba BIG segala BIG BOSS nak mintak 5 years forecast. Ada 6 simulation lak tuh... Perghhhh...

Udahlaa latest data ada kat Public Folder.. nak jadikan cerita, lupa lak nak save kat notebook. Maka bermulalah cerita.. tak lena tido.. bangun kul 5.30 am.. n pukul 6.20 am dah sampai kat opis... Udahlahh tu.. terpaksa buat kerja dalam gelap. Sebab lampu centralized control. Pukul 7 baru on. Nie dah siap 2 simulation... cakap kena pakai version lain lak... hadoiiii....

Apapun... crazy requirement required crazy effort... to be done by extraordinary person  (cewahhhh perasan lak).. All the best to me.. Semoga hari ini memberikan kebahagiaan, kelapangan dan ketenangan utk semua orang. AMIN

Thursday, May 17, 2012

25 Jamadilakhir - Khamis

Assalamualaikum wbt


Bangun pepagi... jalan basah. Rupa2nya hujan lebat & ribut semalam. Sungguh aku tak sedar bila, walau malam tadi aku tido kat ruang tamu n beberapa kali terjaga ke toilet. Deep sleep betul.

Lately, kerja dah makin stabil n boleh disiapkan dengan cepat. Aduss... bosan gak bila takde keje nie. Bosan tahap gaban. Tak tau nak buat apa.. macam orang bodo aje.. buang masa. Hari nie.. dengan penuh berkobar2.. aku datang opis... kemas n lap segala mak nenek habuk.. buang segala barang yg dah berkurun simpan... tapi.. tak pakai... phewww... semua settle within half an hour. Hurm.. what next??? Hadoiii... sakit jiwa bila tadak kerja.  Alih2.. bosan sangat.. bukak ajelaa FRS setebal 1094 muka surat nie... nahhh hambeekkkk ko... baca FRS... psstt... baru intro dah terkuap2... oootukee....

Semalam... hero aku masuk workshop.. melayang RM180 utk service n tukar meter sensor. Patutlaa kereta asyik mati aje bila nak masuk simpang... Sensor yg rosak rupanya. Next month... kena tuko absorber lak.... redo ajelaa... lagipun hero aku ni dah tua.. banyak kena tuko sana sini...

Daa.. nak sambung balik baca FRS. Moga Allah merahmati hidup kita pada hari ini. AMIN.

Wednesday, May 16, 2012

Photo of the Day

sharing is caring.. kannn



p/s : Semalam... hero aku buat hal lagi.. dua kali mati masa keluar lunch...Ikutkan hati.. ikutkan rasa, semalam gak nak g call salesman... book hero baru.. Tapi.. orang2 tua kata, ikut hati - MATI.. ikut rasa -BINASA. Lagipun... budget tadak. Duit saving utk kegunaan lain yang lebih PENTING.  SABAR ajelaa kann.... fightin